CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 9 November 2010

saya dah kahwin



saya nak berkongsi kisah saya kepada yang sudi membaca
let me story first my diary...so enjoy erk(hikhikhik)

Tahun 2010 adalah cerita hidup saya sebagai isteri kepada hubby saya,29 mei 2010 saya sah menjadi isteri kepada mohd ikhwan adli bin mohd mokhtar. Saya dah kenal dgn hubby saya selama 7 tahun
mula kenal di politeknik perlis pada tahun 2004 masa tu saya berumur 18tahun.Saya kenal dgn hubby selepas saya putus cinta  dgn bf saya, nama dia aiman. Saya sayang hubby saya. Aiman baik romantik,cakap lemah lembut,apa yang saya nak suma dia tunaikan. Tapi sayang..kami tak ada jodoh..ari2 saya nangis bila ingat aiman (itu dulu cinta monyet tu...)..kira saya nie ''cengeng orang nyer''..hikhikhik.setiap kesedihan pasti ada kegembiraan.Putus dengan aiman pasti ada hikmahyer walaupun saya susah nak lupakan dia(tp itu dulu yer).sbb selepas saya single 3bulan, barulah HUBBY datang dalam hidup saya.hubby lebih ''bagus'' dari aiman bukan nak membanding tp itu hakikat sbb tuhan sayangkan saya,tuhan berikan saya suami yang memahami saya..hubby berasal dari baling, kedah..umur  hubby sama baya saya, boleh dikatakan masa duk poli perlis saya  selalu dengan dia. segala suka duka saya kongsi bersama dengan hubby.sampailah saya dah tamat sijil poli(jurusan perniagaan,hubby pulak jurusan Elektrik dan Elektronik)kalu nak tahu..family saya tentang(tak suka) habis2 hubungan saya dengan hubby sbb kami sama2 muda,sama baya,dan masih belajar jadi ibu pernah kata ibu tak nak anak2 ibu gagal dalam pelajaran(nak tau.. pointer saya semakin meningkat dari semaster ke semaster sbb hubby adalah pendorong saya) dah tamat sijil saya sambung diploma di poli pinang time tu saya dengan hubby dah ''breakoff'', kami bawak haluan masing2, time tu hanya tuhan saja yang tau..betapa hidup saya penuh serabut, kat poli pinang budak2 jurusan  diploma kena cari umah sewa, jadi saya bebas nak wat apa saja bila duduk di luar kampus.di poli pinang saya jadi gadis 'liar',balik lewat malam,lepak2 ngn kawan,enjoy sana enjoy sini pastu selalu ponteng kuliah, paling teruk saya suka kecewakan hati bernama lelaki dan ada jugak saya dikecewakan.erm..teruk kan saya dulu..kalu bersama hubby sebelum saya breakoff, Saya dijaga dan diberi perhatian.saya duduk rumah sewa dengan 8orang kawan sekuliah. Mereka kaki buku tp saya kaki 'ponteng'. . Tapi bab exam saya tak pernah repeat paper sbb sy suka study malam2.sampai saya mimpi2 lah nak jawab exam..tido pun masih menghafal untuk exam..cuma pointer saya tak sehebat masa amik sijil dulu. Habis diploma saya balik ke gombak(kg halaman saya) masa di gombak saya berjumpa semula dgn hubby sbb saya simpan lagi no tel hubby hubby pun simpan no tel saya, Jadi di kl kami kerap berjumpa dan kami mula bercinta balik..hubby bagitau saya, dia tak pernah lupakan saya malah hubby sentiasa mencari perkembangan saya dari laman sosial,cinta kami terlalu kuat sbb boleh dikatakan lebih 5kali kami putus paling lama putus selama 6bulan,lama kan...saya juga mcm hubby..sentiasa ingat dia walau saya bersama lelaki lain kononyer nak lupakan hubby tp tak berjaya sbb tuhan maha penyayang.terima kasih Allah s.w.t..habis belajar saya bekerja di beberapa tempat di sekitar gombak batu caves,dah start kerja barulah famly saya merestui hubungan kami. Masa kami bercinta kami asyik2 gaduh asyik2 gaduh tak taulah kenapa, Tapi gaduh2 tetap gak jumpa kekadang tu bertekak besar lah kami,saya aje yang selalu mengalah..erm bila famly dapat tau kami ni asyik keluar dan selalu bergaduh,famly kedua2 belah pihak telah tetapkan tarikh pertunangan saya dengan hubby.kami bertunang pada 01 mei 2009 dan bertunang selama setahun..masa bertunanglah mcm2 dugaan menimpa hubungan kami, betul kata orang tua jgn selalu berjumpa sbb orang bertunang nie berdarah manis. Sepanjang pertunangan kami lagilah kerap kami bergaduh kekadang perkara kecik pun jadi besar yang banyak cari masalah ialah hubby sbb hubby nak saya ikut suma kata2 dia.tp kekadang saya tak boleh terima sikap dan kata2 dia.hubby suka cakap ''stret2thepoint'' bahasa dia agak kasar bila tak puas hati dengan saya, yang saya pulak jenis sensetif  jadi perkara tu yang menyebabkan kami kerap gaduh dan kerap merajuk.(kuat merajuk tu saya lah..hikhikhik) dan paling dasyat masa bertunang bila tetiba jer kan..hati saya tidak pada hubby lagi,perasaan saya pada hubby hilang sekelip mata..pernah nak putus tunang tp yang pujuk2 dan merayu hubbylah. Dia kata jgn ikut perasaan sangat..mcm2 lah saya cuba untuk memujuk hati saya nie,cuba banyak mengalah dan cuba untuk tidak terlalu sensetif, jadi masa dah nak dekat 3bulan dah nak kahwin(tak silap sayalah) kami membeli peralatan dan persiapan kahwin bersama2.keluar2 jugak walaupun hati tidak lagi berdetik dengan hubby cuma malas nak layan sangt perasaan saya, Saya cuba keluar dan mengikut segala permintaan hubby.dah satu bulan nak akad nikah saya mula tak leh tido lena,lelap mata punyalah payah..segala aktiviti saya mula menjadi tak teratur kekadang tu diri saya, makan, pakai, pikiran saya telah mula menjadi kusut..hati mula berbelah bahagi..nak kahwin ker tak nak, nak kahwin ker tak nak..100x pikir. ibu kata saya dah gila angau nak kahwin..(hikhikhik) hakikat sebaliknyer..jadi saya malas nak pkir, saya berserah jer pada tuhan..sbb allah s.w.t maha esa dan mengetahui segalanya. Seminggu  sebelum kahwin saya tak leh nak makan, tido,risau suma ada.TAPI alhamdulillah ..pada 29 mei 2010(sabtu) selepas solat asar kami dinikahkan di masjid al-syakirin(dekat dengan tasik sri gombak) oleh juru nikah(nama dah lupa) dan berwalikan oleh wali hakim(wakil kepada bapa saya), 2kali lafaz maka sahlah saya menjadi isteri kepada hubby(mungkin hubby terlalu menggeletar kot). 30 mei 2010 bersanding di gombak,batu caves dan 06 jun 2010 bersanding di kg belah suami di baling,kedah.

itulah kisah saya dan hubby saya..
SEKARANG SAYA DAH KAHWIN
(MOHD IKHWAN ADLI BIN MOHD MOKHTAR & NUR'AIN BINTI MAHYUDDIN)..

I LOVE U ABANG..

(ini gamba kahwin kami)

Time ni kat Masjid Al-Syakirin Taman Tasik Sri Gombak


Malam berinai..hubby dah letih sangt time nie...tapi gagahi jua..cian..
Aceh..nampak mcm ganas tp sebenarnya saya tak ganaspun....hikhikhik
Ni lah saya..isteri kepada hubby ..hikhikhk
Inai yang saya pakai nampak pekat sangt..dah mcam warna hitam dah jari saya..hikhikhik

okeylah...dah penat dah menaip..cangit tangan dah..byeee.....



Tiada ulasan: