CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 25 Januari 2011

buku cahaya delima idamanku.

wow...saya telah membeli sebuah buku terbitan dari casa delima sdn.bhd buku yang bertajuk cahaya delima,baru jer tadi saya membaca sinopsis buku ini..ia lebih kepada kisah kisah inspirasi dari kawan-kawan penerbit yang telah mendapat hidayah.



buku ini menarik perhatian saya untuk membeli kerana cara penterjemahan cerita cukup ringkas dan padat serta mudah untuk difahami.

saya susah nak membeli buku-buku seperti pedoman sebab saya malas membaca. (hehehehe) tp tetiba lak tergerak hati ini nak membeli(mgkin ini dikatakan mendapat hidayah??) itupun kebetulan nak ke bangunan baru MPS tujuan untuk berjumpa kawan.masa nak tunggu kawan tu lah saya singgah lah ke bahagian jualan di lobi baru MPS.kat situ lah bermulanya hati saya tertawan oleh sebuah buku terbitan casa delima.wow......best orr...........semoga apa yang saya akan baca ini, dapat memberi petunjuk dan memberi keinsafan kepada saya..hehehe..nama dah nama manusia pasti tak lari dari membuat kesilapan dan leka dengan kehidupan duniawi ini.hehehehe...

hidayah itu milik allah..dia berhak untuk memberi kepada hamba-hambanya untuk kembali ke pangkal jalan.

Apa yang terjadi ini sesuai dengan firma Allah SWT dalam surah al-Qashash ayat 56'' sesungguhnya kamu tidak akan mendapat petunjuk daripada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah SWT memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakinya, dan Allah SWT Lebih mengetahui orang-orag yang mahu menerima petunjuk.''

- saya perlukan hidayah mu ya allah s.w.t -

Tiada ulasan: