CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 16 Februari 2011

betul ker saya tiada ketrampilan diri??jawapanya YES

Aduh...hati ini penuh dengan kekosongan walau sentiasa di isi dengan ibadah..tp kenapa perlu ada hati yang kosong ini???tadi baru sahaja saya membaca blog sahabat saya ini..menceritakan tentang ketrampilan diri..bila membaca keseluruhan artikel itu..baru saya tersedar dan tersentak hati ini..kerana tahap ketrampilan diri saya ini terlalu rendah dan terlalu sukar untuk mengubahnya..walaupun telah cuba berjuta kali untuk mempercayai dan yakin pada diri ini.bila keyboard berada didepan mata...jari mudah menaip dan menceritakan tentang perihal diri..(ops..simpang jauh dari tag plak)

Emo plak hari ini..ntah....hati kekosongan..segala perasaan mencengkam dijiwa..aduh...

so jom layan ulasan tentang ketrampilan diri..dari aziesamad.blogspot

Keterampilan diri adalah cara anda melihat diri sendiri.
• Kepercayaan
• Pemikiran
• Perasaan

Komponen keterampilan diri:
• Penampilan secara fizikal
• Pandangan anda terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri anda
• Perasaan harga diri dan keyakinan diri

Keterampilan diri yang positif membolehkan anda:
• Mengenal dan menerima bentuk tubuh anda
• Mempunyai harga diri
• Berkeyakinan diri

Bagaimana anda akan tahu jika anda tidak mempunyai keterampilan diri?
Tanpa keterampilan diri yang baik, anda akan menjadi:
• Malu pada diri sendiri
• Lebih bergantung kepada ibu bapa
• Tidak suka berkawan
• Takut untuk menjalinkan hubungan
• Suka merendahkan diri sendiri
• Merosakkan diri sendiri. Contoh: merokok, mengambil ubat dan mengurangkan pengambilan makanan dengan melampau

Apa akan jadi jika anda tidak berbuat apa-apa mengenai perkara ini?
• Memberi kesan ke atas harga diri dan keyakinan diri
• Merosakkan hubungan sosial
• Menjadikan kita berasa sedih
• Menjurus ke arah kegagalan anda sebagai orang dewasa

 

Tiada ulasan: